Jumaat, 30 Ogos 2013

PROGRAM I-THINK

APA ITU PROGRAM I THINK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menetapkan 6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global:

a) Identiti nasional
b) Kemahiran memimpin
c) Kemahiran berfikir
d) Kemahiran dwibahasa
e) Pengetahuan
f) Etika dan Kerohanian 

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
 
i-THINK membawa maksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK.
 
  • Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
  • Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
  • Murid akan menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran.
  • Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
  • Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.
 
Alat berfikir adalah :
  • Thinking Hats
  • Thinking Maps 
  • 8 Habits of Mind  
 
Apakah yang diharapkan dari Program i-THINK?
  • Prestasi meningkat
  • Fokus
  • Berkeyakinan
  • Seronok belajar
  • Hubungan guru- murid rapat
  • Aktif
  • Membudayakan kemahiran berfikir
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan