Ahad, 3 November 2013

Mari Mencuba

Salam untuk semua.... hari ini saya perolehi satu emel yang dianggap mendatangkan $$$. So, saya ingin berkongsi dengan anda semua... jom join! klik http://iklansticky.com/hop.php?ref=zuramh Semoga mendatangkan hasil.

Jumaat, 30 Ogos 2013

PROGRAM I-THINK

APA ITU PROGRAM I THINK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menetapkan 6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global:

a) Identiti nasional
b) Kemahiran memimpin
c) Kemahiran berfikir
d) Kemahiran dwibahasa
e) Pengetahuan
f) Etika dan Kerohanian 

Program i-THINK merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
 
i-THINK membawa maksud Innovative Thinking (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berkerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) memperkenalkan program i-THINK.
 
  • Memperkenalkan alat berfikir kepada guru dan murid.
  • Semua guru akan menggunakan alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.
  • Murid akan menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran.
  • Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam pdp menjadi amalan.
  • Mengadakan portal bahan interaktif p&p yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir.
 
Alat berfikir adalah :
  • Thinking Hats
  • Thinking Maps 
  • 8 Habits of Mind  
 
Apakah yang diharapkan dari Program i-THINK?
  • Prestasi meningkat
  • Fokus
  • Berkeyakinan
  • Seronok belajar
  • Hubungan guru- murid rapat
  • Aktif
  • Membudayakan kemahiran berfikir
 

Rabu, 28 Ogos 2013

Kelebihan Membaca


KELEBIHAN MEMBACA – JADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP KITA



Masih ramai yang kurang berminat untuk membaca. Kebanyakannya menganggap membaca itu sesuatu yang membosankan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W adalah iqra’ iaitu menyuruh baginda untuk membaca. Oleh itu, fahamlah kita bahawa betapa pentingnya membaca dalam Islam. Bahan bacaan tidak terhad kepada buku-buku ilmiah semata-mata. Kita boleh memilih sama ada membaca majalah, novel atau pun membaca secara online seperti bacaan di laman web, blog, forum atau sebagainya.

Sebenarnya membaca mempunyai banyak kelebihannya. Tanpa mengira apa-apa bahan bacaan pun ia mempunyai banyak faedah. Antara kelebihan dan faedah apabila suka membaca adalah:

1. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 
Membaca bahan bacaan berbentuk ilmiah akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Ilmu pengetahuan ini pasti berguna untuk masa sekarang atau pun di masa hadapan.

2. Membaca adalah satu senaman minda
Dengan membaca kita melakukan satu proses untuk mengaktifkan minda. Ini adalah kerana kita menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut. Ia membuatkan minda kita menjadi lebih sihat. Senaman minda ini untuk kesihatan minda kita. Kita akan menghadapi hari-hari dengan lebih tenang kerana kita mempunyai minda yang sihat dan dapat berfikir dengan baik. 

3. Membaca memberi kelebihan untuk fokus
Amalan rajin membaca akan membolehkan kita memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. Apabila kita dapat fokus, kita tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi genting ataupun masalah. Kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sudah semestinya kita akan dapat menghadapi masalah itu dengan tenang.

4. Membaca akan meningkatkan memori
Walaupun membaca bukan sejenis permainan, namun ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti kita bermain permainan yang menggunakan memori. Ini adalah kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa-apa yang kita telah dibaca. Secara tidak langsung akan meningkatkan kekuatan memori kita. Jika kita tidak menggunakan memori, lama kelamaan memori kita akan menjadi lemah. Permainan menggunakan memori seperti teka silangkata dikatakan boleh meningkatkan daya ingatan dan akan mengurangkan risiko untuk kita nyanyuk di hari tua.

5. Membaca melatih kita menjadi seorang yang berdisiplin
Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih kita untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila kita selalu membaca kita telah membuatkan masa membaca sesuatu yang kita tahu dan kita mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari? Kita ada buat ke? Sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila kita menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya kita akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri kita. Kita juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri kita sangat tinggi.

6. Membaca akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran
Sebenarnya apabila kita rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran kita. Kita seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan kita inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda kita, di mana ia menyerap pembaharuan ke dalam proses pemikiran. Seterusnya, kita akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita.

7. Membaca akan mengurangkan rasa bosan
Adakah kita selalu merasa bosan? Biasanya kita akan cepat untuk merasa bosan kerana kita tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah kita bahawa membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika kita merasa bosan, cuba dapatkan bahan-bahan untuk dibaca, tidak kira dari mana pun sumbernya. Apabila kita membaca sesuatu bacaan, kita mungkin terjumpa sesuatu yang kita minat. Maka, kita akan dapat mengurang rasa bosan dan seterusnya menghilangkan rasa bosan tersebut. Contohnya, kita boleh membaca novel atau artikel.

8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan
Jika kita selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup kita. Apabila kita membaca mungkin kita dapat melupakan seketika masalah kita tersebut atau pun kita boleh membaca sesuatu yang menghiburkan kita, sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri yang kita hadapi. Dengan itu, kita dapati bahawa membaca boleh membantu kita keluar dari tekanan dan stres yang mengganggu hidup kita.

9. Membaca akan meningkatkan kemahiran membaca dan penggunaan tatabahasa
Amalan rajin membaca akan meningkatkan skil atau kemahiran membaca dan kemahiran menggunakan tatabahasa dengan betul. Pada permulaannya mungkin agak susah untuk kita mendapat skil membaca tapi lama kelamaan kita akan menemui skil dan rentak membaca dengan baik. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan kita untuk membaca kerana kita sudah menemui skil dan rentak kita sendiri. Dengan skil dan rentak inilah kita tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membaca membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik
Membaca dapat membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik. Ini adalah kerana dengan banyak pengetahuan yang diperolehi hasil daripada pembacaan kita, kita akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Kita dapat menceritakan kepada orang lain apa-apa yang kita telah diketahui dan diperolehi daripada bacaan-bacaan kita , dan dengan itu mengelakkan kita dari berdiam diri sahaja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kita juga akan merasa seronok untuk bercerita dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang kita ketahui.

Sebagai kesimpulan, dapatlah kita diketahui bahawa membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Artikel ini hanya mendedahkan sebahagian sahaja dari banyaknya kelebihan-kelebihan membaca. Oleh itu, marilah kita jadikan aktiviti membaca ini sebahagian dari kehidupan seharian kita. Semoga kita mendapat banyak faedah dan manfaat daripadanya.


Lencana Sekolah SMKMA

LENCANA SEKOLAHKU

Huruf SMKMA:
Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

Warna Merah:
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.

Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.

Warna Putih:
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni

Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil

Roda:
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi  pendidikan.

Buku:
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.

Bulatan:
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak

Tangan:
Lambang tangan menadahbermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.

Sekolah:
Cinta kepada ilmu.

Sabtu, 6 April 2013

Lagu Sekolah SMKMA


SMK MUNSHI ABDULLAH
BERJAYA TERUS BERJAYA
MEMBINA RAKYAT MAJU JAYA 
TERAS PENDIDIKAN NERARA

PELAJAR SEMUA
TUNJUKKAN BAKAT DIRIMU
PELAJAR SEMUA
CINTAILAH SEKOLAHMU

SMK MUNSHI ABDULLAH 
BERJAYA  TERUS BERJAYA
MEMBINA RAKYAT MAJU JAYA 
MENGAMAL PRINSIP RUKUN NEGARA

KEBIJAKSANAAN
NILAI KEMANUSIAAN
AMAL AMANATNYA
 BAHAGIA SEPANJANG  MASA

Program Kepimpinan Pengawas 2013


                                                           Taklimat Awal Oleh Pn Nelly



Pelajar Memberi tumpuan


Ceramah Agama


 Bengkel Kepimpinan oleh En Khai ronizam


Slot Bengkel Kepimpinan 








Jawatankuasa Kelab Munshi sesi 2013


                                                                                  
                                                                           
                                                                                            Pengerusi
                                                                          Tn Hj Mohd Nasir Bin Abdullah  


          
                                                                                         
                                                                                N.Pengerusi
                                                                  En Mohd Hazli Bin Muchiri

                                                                Setiausaha N.Setiausaha
                          Pn Dian Azrin Bt Abdul Rahim                       Pn Nazliyana Bt Mashudi



                                                               Bendahari   N.Bendahari
                                             En Rosle Bin Juraimi            Pn Azyyati Bt Abdullah

             
                                                      
                                                                     AJK                                  AJK
                                              En Abdul Rahim Bin Zamhari               En Abdul Rahim Bin Zamhari




                                                       AJK                                   AJK
                                       Pn Rashidah Bt Misnan        En Ahmad Rosli Bin Basir
                     
     

Pentadbir Sekolah

Pengetua 
Tn Hj Saroni Tasuki

PK Kurikulum
Pn Rosnah Binti Arifin

PK HEM
Pn Mahmidah Bt Mat Yatim

PK Kokurikulum
En Mohd Subhi Bin Marsan

PK Tingkatan 6
En Mohd Zamzamy Bin Abdullah Sapar

PK Pendidikan Khas
En Mohd Ghofur Bin Sukimi

Ketua Bidang Bahasa
Pn Marlinah Binti Yusof

Ketua Bidang Sains/Matematik
Pn Fajar Binti Soim

Ketua Bidang Kemanusiaan
Pn Siti Bt Adnan


MISI, VISI & LOGO

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendididkan Berkualiti

VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

LOGO

Huruf SMKMA :
Singkatan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.

Warna Merah :
Berani, gagah berjuan mengikut kebijaksanaan.

Warna Biru :
Ilmu, keimanan dan ketakwaan.

Warna Putih :
Jiwa yang bersih untuk mencapai cita-cita murni.

Kancil :
Bijak seperti Sang Kancil

Roda :
Peredaran zaman dan perkembangan dan sains teknologi pendidikan.

Buku :
Melambangkan institusi ilmu dan para pelajar menuntut ilmu.

Bulatan :
Kegiatan sukan dan olahraga dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.

Tangan :
Lambang tangan menadah, bermaksud memohon restu daripada Allah SWT dan mendokong cita - cita murni.

Sekolah :
Cinta kepada ilmu.

Sejarah SMK Munshi Abdullah

Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar. Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua.


Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat. Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.

Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut. Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:-
  • Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar
  • Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO Cawangan Sg. Air Tawar (Pemberita Utusan Melayu)
  • En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
  • En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
  • Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad
Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.